Isnin, 7 Disember 2015
KEPENTINGAN MEDIA SOSIAL DALAM PERNIAGAAN
3.0 KEPENTINGAN MEDIA SOSIAL DALAM PERNIAGAAN
Media sosial merupakan platform interaksi sosial
yang melibatkan satu cabang komunikasi baharu yang terhasil daripada persekitaran
komunikasi yang biasa. Fokus komunikasi menerusi media sosial adalah tidak
terbatas. Fenomena ini telah mengubah cara perhubungan yang berbeza di dalam
organisasi, komuniti dan individu itu sendiri berinteraksi antara satu sama
lain.
Perkembangan
teknologi sosial media banyak memainkan peranan penting dalam dunia perniagaan dalam
meningkatkan lagi ekonomi sesebuah negara. Teknologi ini turut dilihat dapat
membantu memudahkan lagi pengguna dalam pelbagai urusniaga bersama dengan
peniaga melalui jualan secara online.
Selain itu, mereka juga dapat mencari pelanggan atau pengguna
dengan lebih pantas dan dapat meningkatkan pendapatan harian mereka dengan
cepat. Contohnya kebanyakan organisasi perniagaan kini seperti Industri Kecil
Sedehana (IKS) telah mula menggunakan aplikasi media sosial secara meluas dalam
membentuk pasaran mereka. Aplikasi sosial media yang relevan boleh memberikan
impak positif jika digunakan dalam sesebuah perniagaan. Selain menjadi komponen
penting dalam perniagaan, perhubungan harmoni diantara penguna sosial media dan
perniagaan harus diwujudkan.
Jika
penggunaan sosial media diabaikan kemungkinan perniagaan akan hilang daya saing
dan wujudnya kemerosotan di peringkat tempatan dan global. Selain membantu
dalam peningkatan hasil, penggunaan aplikasi sosial media juga dapat
mengembangkan capaian ke negara lain apabila wujudnya teknologi sosial media
yang canggih seperti internet dan e-dagang. Pengiklanan dan juga kehadiran
sesuatu perniagaan fizikal di internet dapat membantu menjana keuntungan
tambahan serta menarik prospek yang sebelum ini tidak mengetahui tentang
sesuatu produk perniagaan tersebut.
Dengan
menyediakan laman web atau blog, kita boleh meletakkan segala maklumat atau jenis
produk perniagaan yang kita mahu. Pelawat akan melawat laman web dan blog dan
akan mengetahui segalanya yang berkaitan dengan produk perniagaan. Penggunaan aplikasi
media sosial dapat membantu sesuatu perniagaan dalam merapatkan lagi pengguna
tersebut dengan pemilik perniagaan dan secara tidak langsung jaringan pelanggan
akan lebih berkembang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan