4.0 PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM PERNIAGAAN SECARA GLOBAL
Berdasarkan
penyelidikan global yang dijalankan oleh McCann Worldgroup perniagaan
memerlukan anjakan terutama daripada segi pemikiran tentang model perniagaan dan memikir semula penciptaan nilai
jenama untuk berjaya dalam dunia media sosial.
Menurut
kajian bertajuk, ‘The Truths About Social’
yang dijalankan merentasi 19 negara dan disertai lebih 30 kumpulan fokus dan
12,000 respons secara talian telah mendedahkan pandangan tentang semua
berkaitan dengan dunia sosial termasuk melalui jaringan, sosial, bukti dan
perniagaan sosial.
Pengarah
Kumpulan Perancangan Penjenamaan dan Inovasi McCann Worldgroup Malaysia, Dr
Milan Agnihotri berkata kebanyakkan pengguna menggunakan media sosial untuk
berinteraksi dengan jenama dan mendapatkan khidmat pelanggan yang lebih baik. Perdagangan
elektronik juga dikenali sebagai e-dagang (Electronic Commerce). Ia
adalah sebuah sistem perniagaan yang menggunakan kemudahan teknologi maklumat
terutamanya telekomunikasi canggih.
E-dagang
boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu e-dagang di antara perniagaan dengan
perniagaan dan e-dagang di antara perniagaan dengan pengguna. E-dagang menggunakan internet untuk mewujudkan satu
rangkaian yang menyatukan pelanggan, penjual dan pihak ketiga seperti bank,
syarikat kewangan, syarikat kad kredit dan sebagainya dalam satu persekitaran
elektronik yang selamat untuk semua pihak.
Aplikasi
media sosial seperti facebook, blog dan lain-lain boleh menjadi salah sebuah
lokasi perniagaan utama yang menjalankan urusan jual beli barangan dan
perkhidmatan secara atas talian dalam dua cara iaitu:-
a) Memasarkan serta menjual barangan dan perkhidmatan
dan menerima pembayaran elektronik.
b) Mewujudkan rangkaian korporat persendirian yang
dipanggil Intranet yang membolehkan pengguna membeli barangan di rumah atau
tempat perniagaan.
Kebanyakan syarikat telah menggunakan perisian komputer dan
internet untuk meluaskan perniagaan mereka dari pasaran tempatan ke pasaran
nasional dan global.
Dengan
adanya e-dagang sesebuah syarikat atau individu boleh melakukan transaksi jual
beli dimana sahaja selagi mempunyai sambungan internet. Ia kini digunakan
secara meluas terutamanya di negara-negara barat malah diakui oleh syarikat
antarabangsa dan pakar pasaran sebagai satu sektor perniagaan dan pemasaran
yang tidak boleh diabaikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan