8.0 KESIMPULAN
Aplikasi media sosial adalah
salah satu alat untuk berkongsi dan berhubung dengan sesiapa sahaja di seluruh
dunia maya. Boleh dikatakan sesiapa yang tidak memiliki akaun media sosial akan
dianggap sebagai ketinggalan zaman. Laman media sosial juga digunakan sebagai
alat pemasaran produk untuk perniagaan. Aplikasi media sosial ini amat berguna
bagi sesetengah penguna yang menjalankan perniagaan secara online.
Ia sebagai satu platform untuk memasarkan produk mereka secara
berkesan dan mudah dan memberi maklumat terkini tentang produk yang
dikeluarkan. Ia juga memudahkan peniaga untuk membetulkan kesalahan yang
terdapat pada pengiklanan produk. Hal ini banyak mempengaruhi masyarakat
sekeliling dan memberi kesan yang positif mahupun negatif. Ini bergantung
bagaimana pengguna memanfaatkan kemudahan yang diberikan.
Dengan mengetahui kebaikan dan keburukan dalam menggunakan
aplikasi media sosial setiap pengguna mestilah bijak dalam mengendalikan akaun
mereka. ‘Add Friends’ hanya pada
mereka yang benar-benar dikenali. Kongsikan status dan gambar-gambar yang hanya dikirakan
perlu untuk di upload. Fikirkan langkah yang perlu sebelum membuat sesuatu dan
jangan mudah untuk mempercayai orang yang tidak dikenali.
Pendek
kata, teknologi aplikasi media sosial boleh memberi manfaat yang baik kepada pengguna,
pengusaha atau usahawan yang menjalankan perniagaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan