7.0 FAKTOR PENDORONG PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL
Kelebihan-kelebihan
teknologi aplikasi media sosial kepada usahawan:
1. Teknologi media sosial ialah antara kelebihan
penting kepada setiap usahawan yang progresif dan mahu sentiasa membangun.
2. Boleh menaikkan imej dan kredibiliti usahawan.
3. Dapat mengembangkan perniagaan ke negara-negara
lain dengan mewujudkan teknologi moden seperti internet dan e-dagang.
4. Mendapat maklumat mengenai promosi atau aktiviti
syarikat dengan lebih cepat dan tepat melalui pelbagai bentuk media.
5. Meningkatkan produktiviti usahawan.
· Para usahawan dapat berkongsi dan menyebarkan
maklumat dengan lebih pantas, efisyen dan tepat melalui emel, SMS dan pelbagai
medium lain.
6. Berkongsi, menyimpan dan menyebar maklumat.
· Pembentangan produk boleh dilakukan pada bila-bila
masa dan lebih menarik dengan informasi yang tersimpan di dalam komputer atau
tablet PC.
· Maklumat stok serta pelbagai strategi lain lebih
mudah disimpan dan dirujuk dengan menggunakan perisian terkini untuk memastikan
perniagaan berjalan dengan lancar.
· Menyimpan maklumat pengguna dan produk belian
mereka dengan efisien dan ini memastikan pengulangan pembelian kerana servis
lepas jualan yang pro-aktif dan pantas.
7. Bersedia untuk pembangunan masa depan.
· Teknologi media sosial dapat memastikan statistik
dan maklumat digunakan dengan cara yang terbaik bagi perancangan perniagaan
masa depan. Ia juga berkembang dengan pantas selari dengan perkembangan dunia
perniagaan.
8. Penggunaan masa yang lebih efisien serta mencipta peluang
pekerjaan yang baru.
9. Memperbaiki mobiliti perniagaan.
· Teknologi telah memperbaiki jualan syarikat dengan membenarkan stokis menggunakan alat-alat elektronik peribadi untuk membuat
paparan jualan serta menghantar pesanan dan maklumat pelanggan ke pejabat
dengan cepat.
· Alat-alat elektronik ini telah memendekkan masa
yang diperlukan oleh syarikat untuk menerima dan menghantar barangan atau
perkhidmatan dan seterusnya mewujudkan kelebihan berdaya saing dalam industri.
10. Komunikasi
· Dengan bantuan teknologi media sosial proses
komunikasi menjadi lebih murah, cepat dan efisien.
11. Keberkesanan kos.
· Teknologi sosial media membolehkan proses
perniagaan dikomputerkan di laman perniagaan dan akan mendapat pulangan yang
tinggi dengan menggunakan peralatan mesin yang berteknologi.
12. Globalisasi.
· Ia bukan sahaja menunjukkan perhubungan dunia yang
rapat tetapi juga membenarkan ekonomi di dunia ini menjadi satu sistem yang
bersifat saling bergantung.
13. Sesebuah laman media sosial yang baik semestinya mempunyai beberapa sifat
yang boleh menarik pelawat di kalangan pengguna internet untuk mengunjungi
laman tersebut. Antaranya ialah :-
(1) Penggunaan bahasa yang terurus
(2) Maklumat multimedia
(3) Mempunyai gimik
(4) Daya Pemujukan
(5) Interaktif
(6) Sentiasa dikemaskini
Secara
keseluruhan daripada sifat tersebut pelawat laman media sosial akan melawati
laman yang mempunyai maklumat yang terkini dengan ciri interaktif yang baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan