5.0 TAHAP PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DI MALAYSIA
Rakyat Malaysia
menggunakan purata lima jam sehari melayari internet dan tiga daripada lima jam
itu digunakan untuk media sosial. Menurut
Laporan Prestasi Industri 2013 yang diterbitkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (MCMC) terdapat 19.2 juta pengguna internet di Malaysia dan
15.6 juta daripada mereka aktif dalam facebook.
Berikut beberapa angka menarik daripada laporan
itu:-
·
Jumlah pengguna internet di Malaysia berjumlah
19,200,408 orang.
·
Terdapat 15,600,000 pengguna facebook yang aktif di
Malaysia.
·
Purata masa pengguna internet di Malaysia setiap
hari ialah 5 jam 36 minit.
· Purata masa digunakan oleh pengguna media sosial di
Malaysia untuk media sosial ialah 3 jam 17 minit.
·
Peratus pengguna media sosial daripada jumlah
populasi Malaysia ialah 64%.
Statistik pengguna internet di Malaysia menunjukkan
peningkatan yang sangat memberangsangkan. Seramai 20.1 juta pengguna internet
atau 67% daripada 30 juta rakyat Malaysia menggunakan internet sebagai
keperluan. Pada pendapat saya ia merupakan satu perkembangan yang cukup positif
untuk menjadikan rakyat Malaysia celik IT. Kita lihat keadaan sekarang
jauh berbeza dengan keadaan 5 tahun yang lalu.
Sebagai contoh bagi masyarakat yang tinggal di
kampung tidak perlu lagi bersusah payah hendak pergi ke bandar untuk menikmati
kemudahan internet. Kemudahan tersebut kini boleh didapati di kampung-kampung mereka
kerana jaringan internet masa kini lebih meluas. Kemudahan tersebut telah
disediakan, hanya pilihan mereka sendiri samada mahu menggunakannya atau tidak.
Selain itu penggunaan telefon pintar yang mempunyai
jaringan internet lebih memudahkan lagi penguna melayari intenet di mana-mana
sahaja. Statistik pengguna facebook di Malaysia
yang memiliki akaun facebook mempunyai
peratusan yang sangat tinggi. Daripada 20.1 juta pengguna internet di Malaysia,
13.5 juta daripadanya mempunyai akaun facebook. Kini pengguna facebook di
Malaysia bukan sahaja terdiri daripada golongan-golongan muda tetapi golongan
senior juga aktif bersosial di facebook.
Media sosial seperti facebook menyimpan data untuk
semua pengguna-pengguna mereka. Berapa ramai pengguna berumur 20 tahun? 30
tahun? 40 tahun? 50 tahun? 60 tahun? dan sebagainya. Apa sahaja data yang anda
perlukan semuanya boleh anda perolehi di facebook. Media sosial selalu meminta pengunanya mengemaskini
akaun mereka seperti tempat tinggal,
tempat di mana belajar, apa yang kita buat pada 20 tahun yang lepas dan
sebagainya. Semua itu dilakukan bertujuan untuk mengumpul seberapa banyak data
berkaitan dengan pengguna mereka.
Dalam statistik tersebut menunjukkan facebook
merupakan media sosial paling berpengaruh dengan mempunyai 1.07 billion
pengguna setiap bulan. Kemudian diikuti oleh You Tube dengan 1 bilion pengguna
pada setiap bulan. Manakala Google+ di tempat ke tiga dengan 540 juta
pengguna sebulan dan seterusnya diikuti oleh Twitter yang berada di tangga
keempat dengan 271 juta pengguna sebulan.
Dari apa yang dapat kita rumuskan melalui kajian
atau laporan yang diperolehi terhadap pengguna-penguna media sosial di Malaysia
ialah penguna media sosial di Malaysia menunjukkan peningkatan dari tahun ke
tahun. Ini mengambarkan gelombang penggunaan aplikasi media sosial adalah
sangat tinggi mengikut teknologi semasa dan menjadikan ia sebagai aset dalam
perniagaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan