Isnin, 7 Disember 2015

ISI KANDUNGAN

 ISI KANDUNGAN

Bil
Isi Kandungan
Muka Surat

1.0

Pengenalan

1

2.0

Sejarah dan evolusi media sosial

2

3.0

Kepentingan media sosial dalam perniagaan

3

4.0

Penggunaan media sosial dalam perniagaan secara global

4

5.0

Tahap penggunaan media sosial di Malaysia

5

6.0

Cabaran dan halangan penggunaan media sosial

7

7.0

Faktor pendorong penggunaan media sosial

10

8.0

Kesimpulan

12

9.0

Rujukan

12


-   Lampiran



PENGENALAN

1.0      PENGENALAN
Di Malaysia, perniagaan secara atas talian melalui media sosial masih kurang diceburi. Nabi Muhammad ada menyatakan,”9 daripada 10 sumber rezeki datangnya daripada perniagaan.” Jika pekerjaan makan gaji ada pelbagai jenis contohnya guru,polis,ahli bomba,doktor dan lain-lain, ia sebenarnya hanya 10 peratus sahaja sedangkan 90 peratus lagi adalah perniagaan.
Oleh yang demikian pendekatan media sosial menjadi fenomena penting kepada persekitaran perniagaan. Teknologi pemasaran melalui media sosial boleh digunapakai bagi memastikan aktiviti pemasaran khususnya dapat dipertingkatkan. Di antara laman media sosial yang popular ialah 'Facebook', 'Instagram', 'Blog', 'Twitter', 'WhatsApp' dan 'Google+'.
Pada masa kini teknologi maklumat bukan sahaja melibatkan literasi komputer malahan ia juga digunakan dalam proses komunikasi dan proses penyelesaian masalah dalam tugasan. Ia juga berfungsi sebagai media yang menyampaikan maklumat dalam bidang perniagaan.  Selain menjadi komponen yang penting dalam perniagaan, perhubungan harmoni diantara teknologi dan perniagaan harus diwujudkan. Sekiranya penggunaan teknologi diabaikan perniagaan akan hilang daya saing sama ada di peringkat tempatan atau global.
Kemajuan aplikasi media sosial dalam beberapa dekad yang lalu telah banyak meningkatkan daya saing dalam perniagaan dan ekonomi di seluruh dunia. Kebanyakan syarikat telah menggunakan perisian, komputer dan internet untuk meluaskan perniagaan mereka dari pasaran tempatan ke pasaran nasional dan global.
Perkembangan pesat dunia sains dan teknologi telah mengubah corak hidup masyarakat kini. Segala urusan pemprosesan, pengumpulan maklumat-maklumat atau apa juga aspek-aspek dalam pelbagai bidang yang dahulunya dilakukan secara manual telah berjaya dilakukan dengan lebih efektif cepat serta lebih praktikal dengan pengaplikasian media sosial. Ia bukan sahaja dapat membantu dalam proses penyampaian maklumat produk perniagaan, malah dapat membuat keputusan untuk meningkatkan keberkesanan dan produktiviti dalam perniagaan.
Bersesuaikan dengan dunia globalisasi tanpa sempadan, teknologi media sosial merupakan alat atau mesin maklumat dalam masyarakat kini dan ia juga menjadi nadi penggerak dalam pengurusan apa juga bidang yang diceburi seperti perniagaan khasnya.

SEJARAH DAN EVOLUSI MEDIA SOSIAL

2.0      SEJARAH DAN EVOLUSI MEDIA SOSIAL

Setiap sesuatu ada sejarahnya tersendiri begitu juga aplikasi media sosial yang kita gunakan sekarang. Sejarah evolusi media sosial, awal mula terbentuknya laman media sosial bermula pada tahun 1978 iaitu komunikasi dengan mengunakan surat elektronik (emel). Perkembangan ini pertama kali dilakukan melalui pengiriman surat elektronik oleh ARPA ( Advanced Research Project Agency). Seterusnya evolusi media sosial terus berkembang mengikut peredaran teknologi perisian dan aplikasi masa kini. Berikut adalah senarai perkembangan sosial media mengikut tahun yang dapat kita kongsikan :-

a)    1995 GeoCities.

b)    1997 Sixdegree.com

c)    1999 Blogger

d)    2002 Friendster

e)    2003 LinkedIn

f)     2003 MySpace

g)    2004 Facebook

h)   2006 Twitter

i)     2007 Wiser

j)      2011 Google+

k)    2012 WhatsApp

Selain dari yang tersenarai diatas banyak lagi laman-laman sosial media yang telah guna oleh pengguna sebagai alat perhubungan masa kini seperti Wechat,Instagram dan lain-lain lagi. Evolusi sosial media telah banyak merubah sikap atau pemikiran dalam masyarakat dan beberapa darinya memang telah benar-benar melakukan perubahan terhadap dunia global dalam perniagaan contohnya facebook,blog dan lain-lain.

Evolusi sosial media pada tahun 2015 akan terus berkembang dengan wujudnya  aplikasi-aplikasi baru. Manakala aplikasi yang sedia ada sekarang akan terus begitu saja atau dilupakan kerana sudah tidak relevan dengan peredaran zaman. Aplikasi sosial media baru yang wujud akan berkembang sesuai dengan permintaan para pengguna sehingga akan wujudnya laman media sosial yang terbaru dipasaran. Begitulah senario evolusi media sosial yang silih berganti mengikut peredaran waktu, hasil perkembangan ini dapat memberi kesan yang positif kepada pengguna jika dimanfaatkan dengan sebaiknya dalam perniagaan.

KEPENTINGAN MEDIA SOSIAL DALAM PERNIAGAAN

3.0      KEPENTINGAN MEDIA SOSIAL DALAM PERNIAGAAN

Media sosial merupakan platform interaksi sosial yang melibatkan satu cabang komunikasi baharu yang terhasil daripada persekitaran komunikasi yang biasa. Fokus komunikasi menerusi media sosial adalah tidak terbatas. Fenomena ini telah mengubah cara perhubungan yang berbeza di dalam organisasi, komuniti dan individu itu sendiri berinteraksi antara satu sama lain.

Perkembangan teknologi sosial media banyak memainkan peranan penting dalam dunia perniagaan dalam meningkatkan lagi ekonomi sesebuah negara. Teknologi ini turut dilihat dapat membantu memudahkan lagi pengguna dalam pelbagai urusniaga bersama dengan peniaga melalui jualan secara online.

          Selain itu, mereka juga dapat mencari pelanggan atau pengguna dengan lebih pantas dan dapat meningkatkan pendapatan harian mereka dengan cepat. Contohnya kebanyakan organisasi perniagaan kini seperti Industri Kecil Sedehana (IKS) telah mula menggunakan aplikasi media sosial secara meluas dalam membentuk pasaran mereka. Aplikasi sosial media yang relevan boleh memberikan impak positif jika digunakan dalam sesebuah perniagaan. Selain menjadi komponen penting dalam perniagaan, perhubungan harmoni diantara penguna sosial media dan perniagaan harus diwujudkan.

Jika penggunaan sosial media diabaikan kemungkinan perniagaan akan hilang daya saing dan wujudnya kemerosotan di peringkat tempatan dan global. Selain membantu dalam peningkatan hasil, penggunaan aplikasi sosial media juga dapat mengembangkan capaian ke negara lain apabila wujudnya teknologi sosial media yang canggih seperti internet dan e-dagang. Pengiklanan dan juga kehadiran sesuatu perniagaan fizikal di internet dapat membantu menjana keuntungan tambahan serta menarik prospek yang sebelum ini tidak mengetahui tentang sesuatu produk perniagaan tersebut.

Berikut adalah beberapa contoh penggunaan media sosial dalam membantu usahawan-usahawan yang memiliki kedai fizikal. Terdapat beberapa medium sistem perniagaan online yang diaplikasikan seperti Laman web, Blog dan Youtube. Sebagai contoh bayangkan sekiranya kita seorang agen insurans atau pengusaha makanan atau peniaga pasar malam, dalam masa sehari berapa ramai pelanggan kita boleh jumpa. Kebiasaannya tidak ramai dan kadang-kadang kita tidak sempat berjumpa dengan mereka. Langkah utama dalam mempunyai pelanggan yang ramai dan dikenali adalah melalui media sosial internet, dengan memiliki laman web atau blog sendiri. Untuk pengetahuan kita semua, pengguna internet di Malaysia kini menjangkau 14 juta pengguna. Dengan penggunaan internet yang amat tinggi ini, tidak mustahil untuk kita mendapatkan 100 hingga 200 pelawat melawat laman web atau blog setiap hari.

Dengan menyediakan laman web atau blog, kita boleh meletakkan segala maklumat atau jenis produk perniagaan yang kita mahu. Pelawat akan melawat laman web dan blog dan akan mengetahui segalanya yang berkaitan dengan produk perniagaan. Penggunaan aplikasi media sosial dapat membantu sesuatu perniagaan dalam merapatkan lagi pengguna tersebut dengan pemilik perniagaan dan secara tidak langsung jaringan pelanggan akan lebih berkembang.

PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM PERNIAGAAN SECARA GLOBAL

4.0      PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM PERNIAGAAN SECARA GLOBAL

Berdasarkan penyelidikan global yang dijalankan oleh McCann Worldgroup perniagaan memerlukan anjakan terutama daripada segi pemikiran tentang model perniagaan dan memikir semula penciptaan nilai jenama untuk berjaya dalam dunia media sosial.
Menurut kajian bertajuk, ‘The Truths About Social’ yang dijalankan merentasi 19 negara dan disertai lebih 30 kumpulan fokus dan 12,000 respons secara talian telah mendedahkan pandangan tentang semua berkaitan dengan dunia sosial termasuk melalui jaringan, sosial, bukti dan perniagaan sosial.
Pengarah Kumpulan Perancangan Penjenamaan dan Inovasi McCann Worldgroup Malaysia, Dr Milan Agnihotri berkata kebanyakkan pengguna menggunakan media sosial untuk berinteraksi dengan jenama dan mendapatkan khidmat pelanggan yang lebih baik. Perdagangan elektronik juga dikenali sebagai e-dagang (Electronic Commerce). Ia adalah sebuah sistem perniagaan yang menggunakan kemudahan teknologi maklumat terutamanya telekomunikasi canggih.
E-dagang boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu e-dagang di antara perniagaan dengan perniagaan dan e-dagang di antara perniagaan dengan pengguna.  E-dagang menggunakan internet untuk mewujudkan satu rangkaian yang menyatukan pelanggan, penjual dan pihak ketiga seperti bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit dan sebagainya dalam satu persekitaran elektronik yang selamat untuk semua pihak.
Aplikasi media sosial seperti facebook, blog dan lain-lain boleh menjadi salah sebuah lokasi perniagaan utama yang menjalankan urusan jual beli barangan dan perkhidmatan secara atas talian dalam dua cara iaitu:-
a)   Memasarkan serta menjual barangan dan perkhidmatan dan menerima pembayaran elektronik.
b) Mewujudkan rangkaian korporat persendirian yang dipanggil Intranet yang membolehkan pengguna membeli barangan di rumah atau tempat perniagaan.
Kebanyakan syarikat telah menggunakan perisian komputer dan internet untuk meluaskan perniagaan mereka dari pasaran tempatan ke pasaran nasional dan global.
Dengan adanya e-dagang sesebuah syarikat atau individu boleh melakukan transaksi jual beli dimana sahaja selagi mempunyai sambungan internet. Ia kini digunakan secara meluas terutamanya di negara-negara barat malah diakui oleh syarikat antarabangsa dan pakar pasaran sebagai satu sektor perniagaan dan pemasaran yang tidak boleh diabaikan.

TAHAP PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DI MALAYSIA

5.0      TAHAP PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DI MALAYSIA

Rakyat Malaysia menggunakan purata lima jam sehari melayari internet dan tiga daripada lima jam itu digunakan untuk media sosial. Menurut Laporan Prestasi Industri 2013 yang diterbitkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terdapat 19.2 juta pengguna internet di Malaysia dan 15.6 juta daripada mereka aktif dalam facebook. 
Berikut beberapa angka menarik daripada laporan itu:-
·                     Jumlah pengguna internet di Malaysia berjumlah 19,200,408 orang.
·                     Terdapat 15,600,000 pengguna facebook yang aktif di Malaysia.
·                     Purata masa pengguna internet di Malaysia setiap hari ialah 5 jam 36 minit.
·                   Purata masa digunakan oleh pengguna media sosial di Malaysia untuk media sosial ialah 3 jam 17 minit.
·                     Peratus pengguna media sosial daripada jumlah populasi Malaysia ialah 64%.
Statistik pengguna internet di Malaysia menunjukkan peningkatan yang sangat memberangsangkan. Seramai 20.1 juta pengguna internet atau 67% daripada 30 juta rakyat Malaysia menggunakan internet sebagai keperluan. Pada pendapat saya ia merupakan satu perkembangan yang cukup positif untuk menjadikan rakyat Malaysia celik IT.  Kita lihat keadaan sekarang jauh berbeza dengan keadaan 5 tahun yang lalu.
Sebagai contoh bagi masyarakat yang tinggal di kampung tidak perlu lagi bersusah payah hendak pergi ke bandar untuk menikmati kemudahan internet. Kemudahan tersebut kini boleh didapati di kampung-kampung mereka kerana jaringan internet masa kini lebih meluas. Kemudahan tersebut telah disediakan, hanya pilihan mereka sendiri samada mahu menggunakannya atau tidak.
Selain itu penggunaan telefon pintar yang mempunyai jaringan internet lebih memudahkan lagi penguna melayari intenet di mana-mana sahaja. Statistik pengguna facebook di Malaysia yang memiliki akaun facebook  mempunyai peratusan yang sangat tinggi. Daripada 20.1 juta pengguna internet di Malaysia, 13.5 juta daripadanya mempunyai akaun facebook.  Kini pengguna facebook di Malaysia bukan sahaja terdiri daripada golongan-golongan muda tetapi golongan senior juga aktif bersosial di facebook.  
Media sosial seperti facebook menyimpan data untuk semua pengguna-pengguna mereka. Berapa ramai pengguna berumur 20 tahun? 30 tahun? 40 tahun? 50 tahun? 60 tahun? dan sebagainya. Apa sahaja data yang anda perlukan semuanya boleh anda perolehi di facebook.  Media sosial selalu meminta pengunanya mengemaskini akaun mereka seperti  tempat tinggal, tempat di mana belajar, apa yang kita buat pada 20 tahun yang lepas  dan sebagainya. Semua itu dilakukan bertujuan untuk mengumpul seberapa banyak data berkaitan dengan pengguna mereka.
Dalam statistik tersebut menunjukkan facebook merupakan media sosial paling berpengaruh dengan mempunyai 1.07 billion pengguna setiap bulan. Kemudian diikuti oleh You Tube dengan 1 bilion pengguna pada setiap bulan.  Manakala Google+ di tempat ke tiga dengan 540 juta pengguna sebulan dan seterusnya diikuti oleh Twitter yang berada di tangga keempat dengan 271 juta pengguna sebulan.
Dari apa yang dapat kita rumuskan melalui kajian atau laporan yang diperolehi terhadap pengguna-penguna media sosial di Malaysia ialah penguna media sosial di Malaysia menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun. Ini mengambarkan gelombang penggunaan aplikasi media sosial adalah sangat tinggi mengikut teknologi semasa dan menjadikan ia sebagai aset dalam perniagaan.

CABARAN DAN HALANGAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL

6.0    CABARAN DAN HALANGAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL
Penggunaan media sosial secara meluas dan berpengaruh boleh membawa faedah, tetapi ia juga boleh memberi keburukan kepada penguna jika disalahguna. Media sosial  juga boleh dijadikan tempat menyebar fitnah dan maklumat salah. Penggunaan media sosial sejak kebelakangan ini telah memberi kesan kurang sihat terhadap masyarakat, perniagaan dan perpaduan negara.
Dengan perkembangan dan kemajuan media sosial di Malaysia kita perlu sedar bahawa keselamatan negara telah terbuka dengan pelbagai ancaman. Ia turut membuka ruang kepada rakyat Malaysia bagi membincangkan isu-isu politik sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang. Walaupun media sosial turut menjadi saluran alternatif maklumat dalam mempromosikan pelbagai jenis bentuk, ramai pengguna kurang berhati-hati apabila menyuarakan pendapat masing-masing.
Namun demikian media sosial adalah wahana yang boleh membincangkan bermacam-macam perkara melalui alam maya dan ramai rakyat Malaysia tidak ketinggalan ketika negara menghampiri status negara maju menjelang tahun 2020. Perkembangan media sosial adalah sesuatu yang memberi kesan positif kepada masyarakat. Kalau dulu pada tahun 1980an kita cukup susah untuk mengetahui apa yang berlaku di sekeliling kita sehinggalah berita itu dikeluarkan di akhbar-akhbar. Kini kita dengan mudah dapat mengetahui berita melalui media sosial dengan cepat. Ini adalah perkembangan positif kepada masyarakat termasuk wartawan yang membuat liputan kerana berita yang diperolehi mudah disampaikan kepada editor dan seterusnya kepada masyarakat.
Sejak perkembangan media sosial kita dapati banyak blog telah muncul dan kebanyakan penulisan yang dibuat adalah tidak berdasarkan fakta yang tepat. Pengguna media sosial perlu membuat pertimbangan yang bijak dalam melayari laman sesawang yang ada di dalam media sosial. Masyarakat juga perlu meningkatkan kesedaran kebertanggungjawaban dan bertindak berdasarkan undang-undang. Jika merasakan sesuatu info yang tersebar di media sosial adalah tidak betul dan menjatuhkan maruah seseorang buatlah aduan kepada pihak berkuasa. Perubahan terhadap gaya hidup berorentasikan teknologi dan kemajuan maklumat memberikan kesan dan menjadi cabaran terhadap nilai, budaya, pemikiran dan corak hidup yang beradat.
Jika dilihat dari sudut yang negatif banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh golongan remaja terutamanya isu yang berkaitan dengan gejala sosial yang melibatkan penggunaan media sosial. Lebih-lebih lagi dengan perkembangan arus semasa kebanyakkan golongan remaja menggunakan media sosial untuk menjalinkan hubungan sosial seperti menerusi laman web Facebook, Twitter, Friendster, WhatsApp dan lain-lain lagi yang menawarkan pelbagai tawaran serta perkhidmatan yang menarik dan menyeronokkan yang sememangnya menarik minat para remaja untuk menyertainya.
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa laman web sosial sebegini mempunyai banyak kebaikan dan kelebihan seperti dapat berhubung serta membincangkan isu-isu terkini melalui ruangan alam maya. Namun begitu keburukannya tetap ada kerana penggunaanya adalah tanpa kawalan. Laman web sebegini juga menjadi tumpuan para penjenayah yang mahu menjadikan remaja sebagai mangsa mereka. Para remaja mungkin tidak menyedari maklumat peribadi mereka ataupun gambar-gambar peribadi mereka jatuh ke tangan pihak yang tidak dikenali dan sekaligus menjadi mangsa penjenayah-penjenayah dunia siber seperti terlibat dalam seks bebas, penculikan dan pemerdagangan manusia.
Berikut adalah antara cabaran dan halangan yang terdapat dalam media sosial:-
a)    Kesahihan maklumat.
-Maklumat yang tepat dan benar kesahihannya adalah penting bagi menjamin tiada berlaku penyelewengan dan kepalsuan fakta. Didalam bidang perniagaan sesuatu barangan yang hendak dipromosikan melalui media sosial perlulah tepat dan sahih. Maklumat yang betul akan memberi gambaran yang baik dan positif kepada penguna.
b)    Pelayar web negatif
-Minat dan kesukaan melawati laman web yang tidak bermoral dan tidak berfaedah memberi kesan negatif dalam perkembangan minda dan fizikal manusia. Ketagihan terhadap laman web negatif mencetuskan kerosakkan maruah, nilai keperibadian, dorongan terhadap jenayah seksualiti, masalah perundangan, perhubungan  interpersonal dan  pembaziran wang serta masa.
c)    Penyebaran fitnah dan gossip
-Kemudahan melalui laman media sosial sering disalahgunakan untuk kepentingan peribadi. Gejala utama yang selalu dikaitkan dengan teknologi tersebut ialah penyebaran fitnah dan gossip oleh satu pihak bagi tujuan memburukkan, memalukan atau menjatuhkan pihak lain. Hal ini mencabar etika dan tatasusila hidup bermasyarakat di dalam negara.
d)    Permasalahan remaja
-Minat remaja terhadap media sosial terutama teknologi internet dan alat komunikasi mendorong mereka menghabiskan masa di cyber cafe, internet cafe dan telefon pintar. Program seperti chatting, permainan video, sms, mms, 3G dan berbagai aktiviti melaluinya membawa kesan dan cabaran tersendiri. Kegilaan anak remaja ini memberi cabaran kepada ibubapa mereka.
-Ramai pelajar yang ponteng sekolah, menyalahgunakan wang saku, meminjam wang teman bahkan ada yang sanggup menipu dan mencuri. Kesannya ialah pembaziran masa kerana terlalu lama di cyber cafe, tidak ada kawalan keluarga dan memberi kesan buruk jangka panjang terhadap gejala sosial di kalangan remaja.
e)    Aktiviti perjudian
-Pihak berkuasa tempatan seperti polis dan agensi yang terlibat mendapati berlakunya penyalahgunaan pusat internet sebagai pusat perjudian. Permainan video yang berorientasikan judi mendapat perhatian di kalangan orang dewasa dan anak-anak remaja. Kegiatan perjudian ini merosakkan nilai-nilai moral yang baik dalam masyarakat.
f)     Perubahan Gaya Hidup dan Pencemaran Bahasa
Perpatah Melayu ada menyebut:-
‘Yang kurik itu kendi, yang merah itu saga’
‘Yang elok itu budi, yang indah itu bahasa’
-Pengaruh sosial media yang menular dalam kehidupan moden hari ini jelas telah berjaya merubah paradigma sosio budaya dan bahasa komunikasi. Seperkara yang menarik dalam isu sosial media ialah berlakunya tanpa disedari iaitu kerosakan bahasa. Bahasa sms dan chatting memerlukan tulisan yang ringkas dan mudah.
-Kesannya terbawa sehingga banyak pihak menerima pakai dalam komunikasi harian mereka terutama di kalangan anak remaja. Misalnya perkataan Assalamualaikum sudah diringkaskan dengan berbagai cara seperti Asm, Akum, Aslam dan Salam yang mulai tersebar penggunaannya. Perkataan ini jelas tidak tepat dari susunan ejaan, kata-kata dan maknanya sendiri. Ianya jelas merosakkan penggunaan istilah, perkataan dan bahasa itu sendiri.
        Cabaran dan halangan ini memberi kesan negatif terhadap pengunaan laman media sosial. Walaubagaimanapun kawalan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) perlu diberi perhatian dan pemantauan terhadap mereka yang menyalahgunakan perkhidmatan media sosial bagi membendung gejala negatif.

FAKTOR PENDORONG PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL

7.0    FAKTOR PENDORONG PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL
Kelebihan-kelebihan teknologi aplikasi media sosial kepada usahawan:
1. Teknologi media sosial ialah antara kelebihan penting kepada setiap usahawan yang progresif dan mahu sentiasa membangun.
2.   Boleh menaikkan imej dan kredibiliti usahawan.
3. Dapat mengembangkan perniagaan ke negara-negara lain dengan mewujudkan teknologi moden seperti internet dan e-dagang.
4.  Mendapat maklumat mengenai promosi atau aktiviti syarikat dengan lebih cepat dan tepat melalui pelbagai bentuk media.
5.  Meningkatkan produktiviti usahawan.
·  Para usahawan dapat berkongsi dan menyebarkan maklumat dengan lebih pantas, efisyen dan tepat melalui emel, SMS dan pelbagai medium lain.
6.  Berkongsi, menyimpan dan menyebar maklumat.
·  Pembentangan produk boleh dilakukan pada bila-bila masa dan lebih menarik dengan informasi yang tersimpan di dalam komputer atau tablet PC.
·  Maklumat stok serta pelbagai strategi lain lebih mudah disimpan dan dirujuk dengan menggunakan perisian terkini untuk memastikan perniagaan berjalan dengan lancar.
·  Menyimpan maklumat pengguna dan produk belian mereka dengan efisien dan ini memastikan pengulangan pembelian kerana servis lepas jualan yang pro-aktif dan pantas.
7.  Bersedia untuk pembangunan masa depan.
· Teknologi media sosial dapat memastikan statistik dan maklumat digunakan dengan cara yang terbaik bagi perancangan perniagaan masa depan. Ia juga berkembang dengan pantas selari dengan perkembangan dunia perniagaan.
8. Penggunaan masa yang lebih efisien serta mencipta peluang pekerjaan yang baru.
9.  Memperbaiki mobiliti perniagaan.
·  Teknologi telah memperbaiki jualan syarikat dengan membenarkan stokis menggunakan alat-alat elektronik peribadi untuk membuat paparan jualan serta menghantar pesanan dan maklumat pelanggan ke pejabat dengan cepat.
 · Alat-alat elektronik ini telah memendekkan masa yang diperlukan oleh syarikat untuk menerima dan menghantar barangan atau perkhidmatan dan seterusnya mewujudkan kelebihan berdaya saing dalam industri.
10.  Komunikasi
  ·  Dengan bantuan teknologi media sosial proses komunikasi menjadi lebih murah, cepat dan efisien.
11.  Keberkesanan kos.
  · Teknologi sosial media membolehkan proses perniagaan dikomputerkan di laman perniagaan dan akan mendapat pulangan yang tinggi dengan menggunakan peralatan mesin yang berteknologi.
12.  Globalisasi.
 ·   Ia bukan sahaja menunjukkan perhubungan dunia yang rapat tetapi juga membenarkan ekonomi di dunia ini menjadi satu sistem yang bersifat saling bergantung.
13. Sesebuah laman media sosial yang baik  semestinya mempunyai  beberapa sifat yang boleh menarik pelawat di kalangan pengguna internet  untuk mengunjungi laman tersebut.  Antaranya ialah :-
(1) Penggunaan bahasa yang terurus
(2) Maklumat multimedia
(3) Mempunyai gimik
(4) Daya Pemujukan
(5) Interaktif
(6) Sentiasa dikemaskini
Secara keseluruhan daripada sifat tersebut pelawat laman media sosial akan melawati laman yang mempunyai maklumat yang terkini dengan ciri interaktif yang baik.